Langgar Hukum Syarak, Berzina Sepanjang Hayat - FAKTA SOK TAU

Langgar Hukum Syarak, Berzina Sepanjang Hayat

Masyarakat Islam di negara ini akan terdedah untuk melanggar hukum syarak dan melakukan per­­buatan zina se­panjang hayat se­kiranya anak yang dilahirkan di luar nikah tidak dibin atau dibintikan Abdullah.

Mufti Selangor, Datuk Mohd. Tamyes Abd. Wahid berkata, antara imp­likasi buruk yang akan berlaku adalah proses perwalian tidak sah ketika akad nikah berikutan anak pe­rempuan luar nikah diwalikan oleh bapanya sendiri.

Kata beliau, pergaulan antara anak perempuan luar ni­kah dengan bapa biologi adalah seperti anak tiri dengan bapa tiri dan anak luar nikah juga tidak layak me­nerima harta pusaka daripada sebelah bapa biologinya.

“Atas sebab itu, keputusan Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan yang bersidang dan membincangkan isu ini pada 1998 bukannya untuk menghukum, sebaliknya ia dibuat berdasarkan nas-nas syarak daripada al-Quran dan hadis.


“Langkah bin atau binti kepada bapa biologi dengan alasan untuk menutup aib anak luar nikah tidak harus timbul kerana masyarakat sepatutnya tidak perlu memandang serong kepada anak-anak ini, yang bersalah bukan mereka tetapi ibu dan bapanya yang melakukan perbuatan zina,” katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Walau bagaimanapun Mohd. Tamyes berkata, hukum syarak membenarkan bayi dibin atau dibintikan kepada bapa biologi jika tempoh waktu akad nikah berlaku le­bih enam bulan daripada tarikh kelahiran, berdasarkan surah al-Ahqaf ayat 15 iaitu tempoh minimum wanita mengandung adalah enam bulan manakala tempoh menyusu dua tahun.


Open Comments

0 Comment

Posting Komentar

Berkomentarlah sesuai dengan isi konten , komentar yang keluar dari topik , mengandung unsur kekerasan akan di anggap spam dan akan di hapus oleh admin ...

ADVERTISING FOR ARTICLES

MIDDLE ADVERTISING ARTICLES V1

MIDDLE ADVERTISING ARTICLES V1

Iklan Bawah Artikel

Copyright © 2019 - 2020 FAKTA SOK TAU - All Rights Reserved Created With